Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis 
  • JENAYAH

Lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis 

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK ditahan mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan dadah. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki mempunyai rekod lampau kesalahan dadah telah ditahan semula oleh polis dalam operasi khas Ops Tapis yang dijalankan di kawasan Bintangor semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek berusia 20 tahun tersebut ditahan oleh sepasukan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kira-kira 3.25 petang kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut dan menjalani ujian saringan air kencing di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak kami berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

“Tambahnya, maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 bagi membantu usaha membanteras kegiatan dadah,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Enam warga asing ditahan dalam serbuan aktiviti pelacuran di Kuching
Next: 62 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.