Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak buaya dua meter ditangkap di Kampung Sindang
  • Selatan
  • WILAYAH

Anak buaya dua meter ditangkap di Kampung Sindang

Utusan Sarawak 10 hours ago
Anak buaya sepanjang kira-kira dua meter yang berjaya ditangkap oleh anggota APM. Foto APM 

KOTA SAMARAHAN: Seekor anak buaya sepanjang kira-kira dua meter berjaya ditangkap dalam satu operasi Menangkap Haiwan Liar (MHL) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan, malam tadi.

Menurut jurucakap APM, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran reptilia berkenaan yang dilaporkan cuba memasuki anak parit berhampiran kawasan kediaman di Kampung Sindang.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota APM bergegas ke lokasi sebelum berjaya menangkap anak buaya tersebut dengan bantuan penduduk setempat.

Difahamkan, haiwan liar berkenaan akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Tindakan pantas itu diambil susulan peningkatan paras air akibat hujan berterusan sejak kebelakangan ini yang berpotensi menyebabkan haiwan liar seperti buaya menghampiri kawasan penempatan.

APM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan haiwan liar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Continue Reading

Previous: 33 mangsa banjir dipindahkan ke Masjid Sungai Maong
Next: MA63 asas penting menentukan hak dan autonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.