
MOSCOW: Sebuah kereta yang membawa pelancong warga asing tenggelam di Tasik Baikal, dengan seorang terselamat manakala yang lain dipercayai maut, menurut maklumat awal, kata Gabenor Wilayah Irkutsk Igor Kobzev hari ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Tragedi di Tasik Baikal. Di kawasan Tanjung Khoboy, melibatkan sebuah kereta yang membawa pelancong warga asing terperosok ke bawah ais. Menurut saksi, seorang pelancong berjaya keluar, lokasi penumpang lain dan pemandu sedang dikenal pasti. Berdasarkan data awal, mereka meninggal dunia,” kata Kobzev di platform Max.
-Bernama