Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR Denickles Lesen buntu, disambung semula esok 
  • WILAYAH

Operasi SAR Denickles Lesen buntu, disambung semula esok 

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPERASI SAR memasuki hari kedua hari ini belum membuahkan hasil dan berakhir tanpa sebarang petunjuk baharu bagi menemukan Denickles Lesen. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menemukan mangsa dikhuatiri lemas, Denickles Lesen, 20, di Ulu Sungai Skrang, di sini, masih belum membuahkan hasil apabila usaha pencarian hari kedua berakhir tanpa sebarang petunjuk baharu.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.12 petang semalam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong tiba di lokasi kira-kira 33 minit kemudian.

Mangsa, Denickles Lesen, seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun, dilaporkan hilang selepas bot laju yang diuji karam sekitar 3.51 petang.

Saksi memaklumkan mangsa sempat dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang dari pandangan di kawasan Rumah Siti Tisak Ulu Sungai Skrang.

Operasi hari kedua yang bermula seawal 7.30 pagi diketuai Komander Operasi, Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf bersama anggota bomba dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). 

Unit K9 JBPM turut digerakkan ke lokasi diketuai Dennis Augustine bersama anjing pengesan, Bella.

OPERASI SAR memasuki hari kedua hari ini belum membuahkan hasil dan berakhir tanpa sebarang petunjuk baharu bagi menemukan Denickles Lesen. Foto PGO Bomba Sarawak

Sekitar 9.56 pagi, enam anggota PPDA bersama pegawai operasi mengatur gerak pencarian di permukaan air dalam radius dua kilometer menggunakan bot bomba. 

Strategi operasi membahagikan pasukan kepada dua kumpulan iaitu bomba dan polis ke hulu sungai, manakala Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama penduduk kampung ke hilir sungai.

Menjelang tengah hari, Unit K9 tiba di lokasi sebelum operasi diteruskan pada sebelah petang dengan tumpuan ke hilir sungai berikutan keadaan arus surut menuju ke Batang Skrang. Radius pencarian kemudian diperluaskan sehingga empat kilometer.

Pada 2.00 petang, pasukan PPDA bersama Unit K9 menjalankan pencarian di kawasan mangsa dipercayai lemas dalam radius lima kilometer ke hilir Sungai Batang Skrang, manakala pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM melakukan pencarian ke hulu sungai dalam lingkungan radius sama.

Operasi yang turut melibatkan PDRM, APM, Jabatan Sukarelawan (RELA) serta penduduk kampung dengan lima perahu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan lewat petang tadi selepas tiada sebarang petunjuk ditemui. 

Pihak JBPM memaklumkan operasi SAR akan disambung semula esok pagi dengan memperluaskan lagi kawasan pencarian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Warga emas ditemui meninggal dunia di tepi jalan, kes diklasifikasi mati mengejut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.