
KUCHING: Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus komited melaksanakan aktiviti penguatkuasaan menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan ‘titik merah’ yang telah dikenal pasti di seluruh negeri ini.
Pelaksanaan operasi tersebut bukan sahaja dijalankan pada waktu siang, malah turut dilaksanakan pada waktu malam bagi memastikan pemantauan yang lebih menyeluruh dan berterusan.

Rondaan tetap diteruskan tanpa mengira keadaan cuaca, sama ada hujan mahupun panas, sebagai bukti komitmen berterusan JPJ Sarawak dalam memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum.
JPJ Sarawak akan terus mempergiat pelaksanaan penguatkuasaan secara strategik dan konsisten demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
Orang ramai digesa supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah pada setiap masa.