Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan dua kereta di Jalan Sungai Nibong Sebangan, enam mangsa dikejarkan ke hospital
  • KEMALANGAN

Kemalangan dua kereta di Jalan Sungai Nibong Sebangan, enam mangsa dikejarkan ke hospital

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba dari BBP Simunjan menjalankan pemeriksaan serta kerja-kerja pembersihan selepas kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Nibong Sebangan, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

SIMUNJAN: Enam individu terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan jenis Perodua di Jalan Sungai Nibong Sebangan, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan (BBP) digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, PBK I Awang Johari Awang Onget, tiba di tempat kejadian pada 3.33 petang selepas menempuh jarak kira-kira 29 kilometer.

“Sebaik tiba, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan, iaitu Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki serta Perodua Bezza yang dinaiki lima individu termasuk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang memandu Perodua Axia mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki.

Sementara itu, lima lagi mangsa yang menaiki Perodua Bezza.

Komander operasi kemudian mengarahkan anggota menjalankan pemeriksaan awal terhadap semua mangsa bersama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lokasi kejadian.

“Tiada mangsa tersepit dalam kemalangan ini. Kesemua mangsa berjaya keluar sendiri daripada kenderaan masing-masing dan turut dibantu orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” jelasnya.

Semua mangsa seterusnya dibawa oleh ambulans KKM ke Hospital Simunjan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 3.54 petang dan tamat pada 4.20 petang selepas pasukan bomba selesai menjalankan kerja pembersihan di kawasan kemalangan serta memastikan keadaan selamat sebelum beredar ke balai.

Operasi melibatkan enam anggota dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan maut, motosikal bertembung dengan kereta di Sibu
Next: Pesawat angkut bahan api terhempas di Kalimantan Utara, juruterbang maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.