Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Michelle Yeoh terima pengiktirafan Hollywood Walk Of Fame
  • HIBURAN

Michelle Yeoh terima pengiktirafan Hollywood Walk Of Fame

Utusan Sarawak 7 hours ago
MICHELLE Yeoh menghadiri Majlis Penganugerahan Bintang Walk of Fame Michelle Yeoh pada 18 Februari 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh terus membanggakan negara apabila namanya diabadikan di Hollywood Walk of Fame pada Rabu,

sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam industri perfileman antarabangsa.

Pelakon berusia 64 tahun itu tampil anggun di karpet merah, mengenakan gaun kuning dengan aksesori minimalis, menyerlahkan aura elegan sepanjang majlis berprestij anjuran komuniti perfileman Hollywood berkenaan.

MICHELLE Yeoh diberi penghormatan dengan bintang ke-2,836 di Hollywood Walk of Fame pada 18 Februari 2026 di Hollywood, California. Foto AFP

Menerusi hantaran di Instagram, Yeoh mengakui perjalanan seninya dari Malaysia ke pentas Hollywood bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya penuh liku dan cabaran sebelum mencapai kedudukan yang dikecapinya hari ini.

“Ada kalanya saya tertanya-tanya sama ada saya benar-benar tergolong di sini, namun saya bertuah, bertuah kerana menjadi sebahagian daripada kisah-kisah yang merentas sempadan dan bahasa, kisah yang mengingatkan betapa kita ini saling berkait,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pelakon filem Wicked menerusi watak Madame Morrible itu menegaskan penghormatan tersebut bukan miliknya semata-mata, sebaliknya mewakili ramai individu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya sepanjang lebih empat dekad dalam industri seni perfileman.

MICHELLE Yeoh (kiri) bergambar bersama seorang peminat pada Majlis Penganugerahan Bintang Walk of Fame Michelle Yeoh pada 18 Februari 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

“Terima kasih semua kerana menyelubungi saya dengan kasih sayang, menjadi dahan saya bergantung dan membantu agar saya kekal di haluan saya. Haluan ini mungkin hanya membawa satu nama, namun ia melambangkan insan-insan lain yang memungkinkan perjalanan ini menjadi realiti.  

“Saya berharap ia juga dapat mengingatkan seseorang di luar sana, bahawa segalanya adalah mungkin dan tempat anda bermula tidak menentukan sejauh mana anda mampu melangkah,” katanya. 

Pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai antara figura seni Asia paling berpengaruh di Hollywood, selain menjadi sumber inspirasi kepada bakat muda Malaysia untuk menembusi industri hiburan antarabangsa.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu mencipta sejarah apabila meraih Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards ke-95 pada 2023 menerusi filem Everything Everywhere All at Once, sekali gus menjadi wanita Asia dan rakyat Malaysia pertama membawa pulang trofi Oscar dalam kategori utama lakonan.

Selain itu, Yeoh turut mencatat satu lagi detik bersejarah apabila dianugerahi Honorary Golden Bear bagi pencapaian seumur hidup di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-76, penghormatan tertinggi yang mengiktiraf sumbangannya lebih empat dekad dalam industri filem global. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Suara mirip arwah Asri Rabbani, bilal masjid curi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.