Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nelayan dikhuatiri lemas ketika memukat udang
  • Tengah
  • WILAYAH

Nelayan dikhuatiri lemas ketika memukat udang

Utusan Sarawak 13 hours ago
OPERASI SAR dijalankan oleh pasukan SAR petang tadi. Foto JBPM Sarawak

BELAWAI: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika memukat udang di kawasan pantai Kampung Tepi Laut, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis, berkata pada lebih kurang 5.21 petang, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei telah menerima maklumat berkenaan kehilangan seorang lelaki dewasa di kawasan tersebut.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Sabaruddin Awang Kamarudin, 48, seorang nelayan tempatan dari Kampung Tepi Laut, Belawai.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memukat udang di kawasan pantai Kampung Tepi Laut Belawai.

“Ekoran kejadian ini, gerakan mencari dan menyelamat SAR) telah dilakukan oleh pihak polis serta bantuan oleh pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung seramai 61 orang dan 19 bot,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, pencarian merangkumi tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Pencarian juga bertumpu di kawasan sepanjang pantai Kampung Tepi Laut Belawai.

“Menurut saksi awam, mangsa dilihat tiba-tiba tenggelam sambil tangannya terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum hilang dari permukaan air.

“Semasa kejadian berlaku, mangsa tidak menggunakan jaket keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Rafiee Berawi di talian 016-5227983.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Denickles Lesen belum ditemui, Operasi SAR disambung esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.