Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jasad Faizal ditemui nelayan tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba
  • Selatan
  • WILAYAH

Jasad Faizal ditemui nelayan tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba

Utusan Sarawak 8 hours ago
JASAD mangsa dibaham buaya di Sungai Sadong ditemui.

SADONG JAYA: Penantian setia ahli keluarga di tebing Sungai Sadong akhirnya berakhir apabila jasad mangsa yang dibaham buaya ditemui dalam keadaan sempurna tubuh badan namun terdapat kesan gigitan pada bahagian perut, hari ini.

Mangsa, Mohd Faizal Abdilah, 30, ditemui oleh seorang nelayan pada jam 2.22 petang kira-kira tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) sebelum dibawa ke PKB pada 2.28 petang.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa tiba di PKB pada 2.35 petang dan pengecaman telah dibuat oleh ahli keluarga yang berada di lokasi.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sempurna tubuh badan namun terdapat kesan gigitan pada bahagian perut.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis pada 2.59 petang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bapa mangsa ketika ditemui pemberita Utusan Sarawak pagi tadi, tidak mampu mengungkapkan sebarang kata-kata ketika setia menunggu anaknya di tebing sungai, hanya wajah sayu yang jelas menggambarkan perasaannya sepanjang penantian itu.

Terdahulu, operasi SAR hari kedua dimulakan pada 9.30 pagi dengan pasukan menjalankan pencarian menggunakan teknik pencarian menyeluruh dalam radius anggaran lapan kilometer dari lokasi mangsa disambar.

Operasi tersebut melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dengan kekuatan satu jentera LFRT, sebuah Hilux dan sebuah bot aluminium.

Turut membantu dalam operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), RELA serta penduduk kampung.

Mangsa sebelum ini dipercayai sedang menjala bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum turun ke dalam air sedalam paras pinggang dan disambar buaya pada 12.40 tengah hari, semalam.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 3.00 petang.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Betong periksa 121 kenderaan dalam Ops Tahun Baharu Cina 2026
Next: Urus dana awam dengan integriti, elak ketirisan – Doris Sophia Brodie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.