Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta alu-alukan saingan Madueke, Saka untuk tempat utama
  • SUKAN

Arteta alu-alukan saingan Madueke, Saka untuk tempat utama

Utusan Sarawak 9 hours ago
TEMPATAN Bukayo Saka dalam kesebelasan utama Arsenal dan England kini dicabar oleh Noni Madueke. Foto fail AFP

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya kelab dan England ‘mendapat manfaat’ daripada persaingan sihat antara Bukayo Saka dan Noni Madueke ketika kedua-duanya bersaing untuk kesebelasan utama bagi kelab dan negara.

Madueke mengambil peluang daripada dua tempoh kecederaan Saka musim ini untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam musim sulungnya bersama The Gunners serta dalam kempen kelayakan Piala Dunia England yang mengagumkan.

Sebelum melalui tempoh 14 bulan yang dibelenggu kecederaan, Saka hampir pasti mengisi posisi di bahagian kanan serangan untuk kelab dan negara.

Prestasi memberangsangkan Madueke serta kecederaan yang menimpa Martin Odegaard dan Kai Havertz menyaksikan Arteta menggunakan Saka di posisi lebih tengah ketika kemenangan 4-0 ke atas Wigan dalam aksi Piala FA, Ahad lalu.

Arteta berkata, semangat kompetitif kedua-dua pemain itu turut terserlah di gimnasium apabila mereka cuba mengatasi satu sama lain, namun kekal sebagai sahabat baik di luar padang.

“Kami berada di gim dan mereka menjalani ujian, semua orang cuba bersaing antara satu sama lain dan dua pemain itu memang mencuit hati seperti biasa,” kata Arteta dalam sidang media menjelang kunjungan ke Wolves, awal pagi esok.

“Seronok untuk disaksikan kerana ia berlaku secara semula jadi. Mereka sangat rapat, sentiasa bersama dan memang ada persaingan untuk tempat, tetapi mereka menghadapinya dari sudut yang sangat positif.

“Pasukan dan mereka sendiri mendapat manfaat daripadanya.”

Arsenal berpeluang melebarkan jurang kepada tujuh mata di puncak Liga Perdana dengan kemenangan ke atas Wolves yang menghuni tangga tercorot.

Anak buah Arteta semakin menghampiri kejuaraan liga pertama dalam tempoh 22 tahun dan berpeluang mencipta sejarah sekiranya terus kekal dalam persaingan memburu empat trofi musim ini.

Arsenal akan menentang Manchester City dalam final Piala Liga bulan depan, bertandang ke Mansfield dalam pusingan kelima Piala FA, serta mara ke kelompok 16 terbaik Liga Juara UEFA dengan rekod 100 peratus kemenangan di peringkat kumpulan.

“Kedudukan kami ketika ini adalah satu keistimewaan dan kami menerimanya kerana kami telah berusaha untuk berada di sini,” tambah Arteta.

“Tujuh setengah bulan adalah tempoh yang panjang untuk melakukan perkara yang betul setiap hari dan beraksi pada tahap seperti ini. Kami perlu menikmatinya.”

Ødegaard dan Havertz akan terlepas aksi di Molineux, namun Arteta berharap kedua-duanya dapat kembali cergas menjelang derbi utara London menentang Tottenham Hotspur Ahad ini.

Pertahanan Riccardo Calafiori dan Ben White pula sudah tersedia untuk aksi Rabu selepas kebimbangan kecederaan ketika menentang Wigan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sambutan Tahun Baharu Cina Yu Jing sederhana, fokus persiapan ke Sukan Komanwel
Next: Sarawak rancang bina Pusat Sukan Prestasi Tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.