
PIHAK berkuasa di Indonesia pada Selasa mengumumkan bahawa Khamis ini, 19 Februari, merupakan hari pertama bulan suci Ramadan.
Keputusan itu dibuat selepas para pencerap di negara berkenaan tidak dapat melihat anak bulan.
Pengumuman tersebut menyusuli keputusan sama yang dibuat lebih awal oleh beberapa negara Asia lain seperti Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sementara itu, pihak berkuasa di rantau Teluk turut bersiap sedia untuk melakukan cerapan anak bulan. – Gulf News