Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Karya Frida Kahlo kembali ke Mexico selepas hampir 20 tahun
  • GLOBAL

Karya Frida Kahlo kembali ke Mexico selepas hampir 20 tahun

Utusan Sarawak 5 hours ago
LUKISAN Self-Portrait with Necklace karya Frida Kahlo. Foto Fridakahlo.org

MEXICO CITY: Beberapa karya ikonik artis Mexico, Frida Kahlo, dipamerkan di Mexico buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lukisan termasuk Self-Portrait with Necklace dan Diego in My Thoughts merupakan sebahagian daripada pameran yang dibuka pada Selasa di Museo de Arte Moderno di Mexico City dan berlangsung sehingga 17 Mei, menurut Kementerian Kebudayaan.

Pameran itu menampilkan 68 karya daripada koleksi Gelman, termasuk 10 hasil karya Kahlo, yang diperoleh pada abad ke-20 oleh pengumpul Jacques dan Natasha Gelman.

Koleksi itu dibeli pada 2023 oleh keluarga Zambrano, antara keluarga perniagaan terkaya di Mexico, dan akan ditempatkan secara tetap di sebuah pusat kebudayaan baharu di bandar Santander, utara Sepanyol.

Pameran berkenaan turut memaparkan karya utama suami Kahlo, Diego Rivera, serta Rufino Tamayo dan David Alfaro Siqueiros.

Kahlo merupakan pelukis wanita paling mahal dalam sejarah. Karyanya El sueno (La cama), yang menggambarkan beliau berbaring di atas katil, dijual di New York tiga bulan lalu pada harga AS$54.7 juta, sekali gus mencatat rekod bagi artis wanita.

Kahlo, yang menghidap polio ketika kecil dan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya pada usia 18 tahun, menjalani lebih 30 pembedahan serta terpaksa memakai korset keluli selama bertahun-tahun, menyalurkan kesakitan fizikal yang berterusan itu ke dalam lukisannya. Beliau dianggap sebagai ikon budaya dan perintis gerakan feminisme.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lapan maut kedai bunga api meletup di China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.