Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lapangan Terbang Bintulu lokasi sambutan TBC sempena VM2026
  • SEMASA

Lapangan Terbang Bintulu lokasi sambutan TBC sempena VM2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
WAKIL agensi merakam gambar bersama maskot Visit Malaysia 2026 serta penari kebudayaan semasa sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Lapangan Terbang Bintulu, hari ini.

BINTULU: Suasana di Lapangan Terbang Bintulu bertukar meriah dengan penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, bagi menyambut ketibaan pelawat sempena kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026), hari ini.

Program anjuran Tourism Malaysia itu menampilkan pelbagai pengisian menarik yang mengetengahkan elemen kebudayaan masyarakat Cina serta kepelbagaian warisan Malaysia.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran tetamu jemputan dan ketibaan wakil agensi sebelum diteruskan dengan acara simbolik menggaul Yee Sang sebagai tanda doa untuk kemakmuran dan kesejahteraan.

PETUGAS mengagihkan cenderahati kepada pelawat yang tiba sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Lapangan Terbang Bintulu.

Turut hadir, Pengurus Seksyen Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Donita Kinchang; Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Sharpini Daud; serta Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bintulu, Suzanna Indiat.

Balai ketibaan turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa yang menghiburkan penumpang dari beberapa penerbangan domestik termasuk Kuala Lumpur dan Kuching.

TETAMU jemputan bersama wakil agensi menggaul Yee Sang sebagai simbolik kemakmuran dan perpaduan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Lapangan Terbang Bintulu.

Selain persembahan kebudayaan, pelawat juga disambut dengan pameran pakaian tradisional pelbagai kaum serta peluang bergambar bersama maskot rasmi Visit Malaysia 2026 yang tampil dengan busana perayaan.

Inisiatif sambutan di pintu masuk udara ini dilihat sebagai antara usaha strategik mempertingkat pengalaman pertama pelancong sebaik tiba di Bintulu, di samping memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang harmoni dan inklusif menjelang VM2026.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dua kanak-kanak antara mangsa dalam kejadian bunuh di Kuantan
Next: Dr Sim: Rumah terbuka cerminkan pembangunan inklusif Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.