Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dua kanak-kanak antara mangsa dalam kejadian bunuh di Kuantan
  • SEMASA

Dua kanak-kanak antara mangsa dalam kejadian bunuh di Kuantan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KAWASAN kejadian di Lorong Cerating Damai di Kuantan dikawal pihak polis bagi siasatan lanjut. Foto Bernama.

KUANTAN: Dua kanak-kanak perempuan antara lima individu yang terlibat dalam kejadian bunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai di sini, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, insiden sekitar 7.00 pagi tadi itu membabitkan kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun selain ibu bapa serta nenek mereka.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 28 tahun bersama dengan anak mereka ditemukan di dalam bilik, manakala mayat nenek kanak-kanak itu yang berusia 55 tahun dijumpai di ruang dapur.

Yahaya berkata lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri. 

“Terdapat mangsa yang mempunyai kesan kelar dan kejadian itu disedari oleh adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah itu ketika kejadian sebelum bertindak meminta bantuan.

“Siasatan awal turut mendapati lelaki itu baru sebulan berpindah menetap di rumah keluarganya selepas berhenti kerja di Selangor dan baru seminggu memulakan kerja di Kuantan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan, dan pasukan forensik setakat 11.35 pagi masih berada di lokasi manakala mayat mangsa belum dibawa keluar dari rumah teres setingkat terbabit. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Suasana meriah warnai KLIA Terminal 1 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 
Next: Lapangan Terbang Bintulu lokasi sambutan TBC sempena VM2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.