Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Suasana meriah warnai KLIA Terminal 1 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 
  • SEMASA

Suasana meriah warnai KLIA Terminal 1 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hadir ke sambutan Tahun Baru Cina 2026 di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Bernama.

SEPANG: Suasana meriah mewarnai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, hari ini, dengan pelbagai program menarik sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang diraikan bersama pelancong tempatan dan antarabangsa yang tiba di Malaysia. 

Persembahan tarian singa beserta paluan gendang bergema di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 menambahkan lagi kemeriahan suasana program sambutan anjuran Tourism Malaysia itu yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. 

Tiong bersama kepimpinan tertinggi Tourism Malaysia turut menyampaikan cenderamata bertemakan sambutan Tahun Baharu Cina dan Tahun Melawat Malaysia (VM2026) kepada para pelancong yang tiba di Malaysia sebagai tanda penghargaan. 

Tiong ketika ditemui pemberita berkata, program berkenaan diadakan bagi meraikan pelancong antarabangsa dan tempatan yang tiba di Malaysia sempena Tahun Baharu Cina. 

“Terima kasih kepada semua rakan penggiat industri dan lain-lain yang hadir bersama di KLIA Terminal 1 untuk kita ucapkan selamat datang kepada pelancong antarabangsa ataupun rakyat tempatan yang kembali ke Malaysia. Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati pelancong juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan dekorasi khas Tahun Baharu Cina yang unik dengan tema merah di Balai Ketibaan Antarabangsa.  

Maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja turut mencuri perhatian dengan pelawat mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan maskot Beruang Matahari itu yang merupakan spesis unik terdapat di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia

Menerusi kempen VM2026, Malaysia menyasar menarik 43 juta pelawat antarabangsa sepanjang tahun ini selari dengan usaha berterusan memperkukuh sektor pelancongan sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina
Next: Dua kanak-kanak antara mangsa dalam kejadian bunuh di Kuantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.