Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Perkongsian ilmu keselamatan elektrik perkasa komuniti Jepak
  • PENDIDIKAN

Perkongsian ilmu keselamatan elektrik perkasa komuniti Jepak

Utusan Sarawak 7 hours ago
STAF dan pelajar Politeknik Mukah Sarawak bersama peserta komuniti Jepak selepas selesai program khidmat komuniti. Foto PMU

BINTULU: Warga pendidik dan pelajar Politeknik Mukah Sarawak (PMU) terlibat secara aktif dalam Program Khidmat Komuniti Perkongsian Ilmu Keselamatan Elektrik dan Asas Pendawaian yang diadakan di Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (PERYATIM), Bintulu, baru-baru ini.

Program berkenaan melibatkan penyertaan 28 staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan 10 pelajar yang memberi tumpuan kepada pendedahan asas keselamatan elektrik serta pengetahuan asas pendawaian bagi kegunaan harian komuniti.

PESERTA tekun mengikuti sesi perkongsian ilmu keselamatan elektrik yang diadakan di Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman, PERYATIM Bintulu. Foto PMU

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan elektrik dalam kalangan masyarakat selain berkongsi kemahiran teknikal yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mukah, Samsawi Bujang berkata, program seumpama itu merupakan antara usaha berterusan institusi berkenaan dalam menyumbang kepakaran kepada masyarakat setempat.

“Program ini adalah salah satu inisiatif Politeknik Mukah untuk memberi manfaat kepada komuniti sebagai mesej bahawa institusi ini sentiasa mengambil berat terhadap kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

PESERTA tekun mengikuti sesi perkongsian ilmu keselamatan elektrik yang diadakan di Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman, PERYATIM Bintulu. Foto PMU

Turut hadir Pengurus PERYATIM Bintulu, Ustaz Muhammad Noor Ali yang menyambut baik pelaksanaan program tersebut kerana memberi manfaat langsung kepada kakitangan PERYATIM serta penduduk komuniti Jepak yang terlibat sebagai peserta.

Program itu dikendalikan di bawah pimpinan Pengarah Program, Ramos Ukar Yakobus yang memastikan setiap aktiviti berjalan lancar serta mencapai objektif ditetapkan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta yang terdiri daripada kakitangan PERYATIM dan penduduk Jepak menunjukkan komitmen tinggi serta memberi maklum balas positif terhadap perkongsian ilmu yang disampaikan.

Program berkenaan bukan sahaja meningkatkan tahap kesedaran keselamatan elektrik, malah mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam usaha membina masyarakat yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan tambahan RM20 juta untuk SMJKC – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.