Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta bimbang senarai kecederaan Arsenal semakin bertambah
  • SUKAN

Arteta bimbang senarai kecederaan Arsenal semakin bertambah

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENYERANG Arsenal, Gabriel Jesus (kiri) meraikan gol keempat bersama rakan sepasukan ketika berdepan Wigan Athletic pada pusingan keempat Piala FA Inggeris di Stadium Emirates, London. Arsenal menang 4-0. – Foto AFP

LONDON: Mikel Arteta mengakui kebimbangannya apabila senarai kecederaan Arsenal yang semakin panjang boleh menjejaskan misi mereka memburu empat kejuaraan musim ini.

Skuad kendalian Arteta menempah tempat ke pusingan kelima Piala FA selepas membelasah Wigan Athletic 4-0 di Stadium Emirates.

Namun kemenangan bergaya ke atas pasukan Liga Satu itu dicemari kecederaan membabitkan Riccardo Calafiori dan Ben White.

Pertahanan Itali, Calafiori mengalami masalah ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan dan tidak dapat diturunkan, manakala bek kanan White terpaksa dikeluarkan pada babak kedua.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard turut tidak beraksi dalam perlawanan pusingan keempat itu selepas mengalami kecederaan ringan ketika seri 1-1 menentang Brentford Khamis lalu.

Penyerang Jerman, Kai Havert dijangka terlepas sekurang-kurangnya baki perlawanan bulan ini, manakala pemain tengah Sepanyol, Mikel Merino pula dijangka berehat sehingga penghujung musim selepas menjalani pembedahan kaki.

Dengan Arsenal kini mendahului Liga Perdana, mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara UEFA dan bakal berdepan Manchester City dalam final Piala EFL, Arteta mengakui masalah kecergasan pemain semakin membimbangkan.

“Ya. Sebelum ini penyerang, kemudian pertahanan dan sekarang pemain tengah pula,” katanya.

“Kami masih mampu mengharunginya. Tetapi kami perlukan beberapa pemain kembali cergas, bukan sekadar menambah jumlah, tetapi untuk memberi pilihan berbeza mengikut lawan yang dihadapi. Jadi lebih cepat mereka kembali, lebih baik.”

Arsenal yang kini mendahului liga dengan kelebihan empat mata akan bertandang menentang Wolves di Molineux, Rabu ini sebelum derbi utara London menentang Tottenham Hotspur hujung minggu depan.

The Gunners membuat persiapan terbaik menjelang minggu penting itu apabila meledak empat gol dalam tempoh 27 minit pertama menerusi Noni Madueke, Gabriel Martinelli, gol sendiri Jack Hunt dan Gabriel Jesus ketika menentang Wigan.

Pemain tengah England, Eberechi Eze yang dibeli dari Crystal Palace tahun lalu, sebelum ini dikritik berikutan prestasi kurang memberangsangkan musim ini.

Dia dikeluarkan pada waktu rehat ketika menentang Brentford dalam penampilan liga pertamanya selepas dua bulan, namun akhirnya mempamerkan kualiti sebenar dengan mencipta dua bantuan gol ketika menentang Wigan.

“Pemain seperti itu memerlukan detik-detik sebegitu, terutama pemain kreatif. Mereka perlu merasakan bahawa mereka menghasilkan momen penting,” kata Arteta.

“Saya sangat gembira dengan itu. Dari segi moral dan keyakinan, ia sesuatu yang sangat baik.

“Risiko yang diambilnya di kawasan serangan serta jumlah percubaan yang dilakukannya amat positif dan itulah yang kami mahukan daripadanya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Bintulu FA rangkul Piala Premier Sarawak, tewaskan Samarahan FA 3-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.