
BINTULU: Pihak Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Perubatan Lelaki hospital berkenaan.
Menurut kenyataan Hospital Bintulu, mendiang dikenali sebagai Hii Tiing Ing (No. K/P: 680418-13-XXXX) dengan alamat terakhir di Lot 1384, Lorong 2, RPR Kidurong, 97000 Bintulu
“Ahli keluarga atau waris yang mengenali mendiang diminta agar segera hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Bintulu.
“Atau, menghubungi talian 086-859 000 bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
Pihak hospital turut menghargai kerjasama orang ramai dan berharap maklumat berkenaan dapat disebarkan secara meluas bagi membantu mengesan waris mendiang.