11 maut, tujuh cedera bas berlanggar dengan trak di Nigeria

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN… Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala tujuh lagi cedera selepas bas berlanggar dengan sebuah trak di lebuh raya di wilayah tenggara Nigeria.

ABUJA, Nigeria: Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala tujuh lagi cedera selepas bas berlanggar dengan sebuah trak di lebuh raya di wilayah tenggara Nigeria, menurut polis trafik lewat semalam, lapor Xinhua.

Komander sektor Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan di Enugu, Franklin Agbakoba memberitahu pemberita di ibu negeri itu bahawa seramai 36 orang terlibat dalam kejadian di lebuh raya Enugu-Port Harcourt semalam.

Kedua-dua kenderaan dari arah bertentangan itu berlanggar akibat “memotong secara salah dan memandu melebihi had laju,” kata Agbakoba dengan memetik siasatan awal.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke bilik mayat berhampiran manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan.

-Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara