Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liga Premier jadi platform pembangunan bola sepak Sarawak
  • SUKAN

Liga Premier jadi platform pembangunan bola sepak Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
PRESIDEN Kuching City FC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui media selepas Perlawanan Akhir Piala Premier 2025 di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya, hari ini. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Penganjuran Liga Premier Sarawak akan terus diperkasakan dari tahun ke tahun sebagai platform pembangunan bola sepak negeri dan medan mencungkil bakat baharu.

Presiden Kuching City FC merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, beliau amat gembira dan berpuas hati melihat sambutan serta komitmen yang ditunjukkan pasukan-pasukan bertanding dalam perlawanan akhir Piala Premier 2025.

“Saya amat bergembira dan berpuas hati melihat perlawanan pada hari ini. Sekurang-kurangnya sekarang setiap FA bahagian tahu bahawa setiap tahun kita akan mengadakan Liga Premier dan merebut kejuaraan Piala Premier,” katanya ketika ditemui media selepas aksi final di Stadium Negeri Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, dengan adanya kejohanan tahunan tersebut, setiap persatuan bola sepak (FA) bahagian akan lebih bersedia dengan memperkukuh pasukan masing-masing termasuk mencari pemain baharu serta membentuk barisan pelapis.

“Jika ini berlaku, maka bermulalah pembangunan bola sepak Sarawak seperti yang kita harapkan melalui penganjuran liga ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, beliau berkata pihak penganjur akan mengadakan sesi post-mortem sejurus tamat kejohanan bagi menilai aspek yang perlu ditambah baik.

“Musim pertama sudah tentu kita melonggarkan sedikit syarat kelayakan pemain supaya liga ini dapat dimulakan dan dimeriahkan terlebih dahulu. Bagi tahun kedua, iaitu 2026, kita mungkin akan memperkenalkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi FA bahagian,” jelasnya.

Tambah beliau, penambahbaikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat setiap tahun bagi meningkatkan mutu Liga Premier sehingga menjadi pentas terbaik untuk bakat tempatan diketengahkan.

“Harapan kita sudah tentu liga ini akan menjadi medan untuk pasukan luar datang membuat pencarian bakat (scout player). Sebab itu FA bahagian perlu memulakan persiapan awal dan mencari bakat-bakat baharu,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Bintulu FA atas kejayaan muncul juara Piala Premier 2025 serta memberi penghargaan kepada pasukan Samarahan FA atas persembahan cemerlang.

“Tidak mengapa, tahun 2026 boleh cuba lagi. Insya-Allah kita akan memulakan liga mungkin sekitar Julai atau Ogos. Kita akan berbincang dengan FA bahagian supaya mereka juga menganjurkan liga di peringkat bahagian sebelum disambut dengan Liga Premier,” katanya.

Menurut beliau, kesinambungan antara liga peringkat bahagian dan Liga Premier negeri akan menjadi asas kukuh kepada pembangunan bola sepak Sarawak secara menyeluruh dan lebih tersusun pada masa hadapan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus perkasa pembangunan bola sepak negeri
Next: Bintulu FA rangkul Piala Premier Sarawak, tewaskan Samarahan FA 3-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.