Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu cedera ringan, kereta terbabas di Jalan Sungai Petai
  • KEMALANGAN

Pemandu cedera ringan, kereta terbabas di Jalan Sungai Petai

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMALANGAN kendiri berlaku di berhampiran sebuah sekolah rendah di Jalan Sungai Petai, pagi tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya terbabas ke tepi jalan dalam satu kemalangan kendiri berhampiran sekolah rendah di Jalan Sungai Petai, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.45 pagi sebelum sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, mangsa telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Hasil pemantauan mendapati mangsa berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihak bomba kemudiannya menyerahkan mangsa kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk tindakan lanjut.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans APM untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi di lokasi tamat sepenuhnya pada 12.50 tengah hari,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang maut, seorang cedera lori aiskrim terbabas di Jalan Sibu-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.