Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita cedera terkena botol kaca, lelaki ditahan polis
  • JENAYAH

Wanita cedera terkena botol kaca, lelaki ditahan polis

Utusan Sarawak 8 hours ago
SUSPEK ditahan oleh pihak polis pada awal pagi tadi. Foto IPD Julau

JULAU: Insiden pergaduhan di sebuah premis di sini bertukar kecoh apabila seorang wanita tempatan cedera dipercayai akibat terkena botol kaca yang dibaling oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata pihak polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut pada 10.48 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berlaku sekitar  9.15 malam apabila mangsa, seorang wanita tempatan berumur 33 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terkena objek kaca yang dibaling oleh suspek.

“Kejadian bermula dengan pertengkaran mulut berlaku antara rakan suspek yang cemburu melihat kawan mangsa duduk dengan lelaki lain di meja mangsa dan pemilik kedai.

MANGSA menunjukkan lokasi insiden pergaduhan yang berlaku di salah sebuah premis pada malam tadi. Foto IPD Julau

“Mangsa ingin menenangkan dan meleraikan pertengkaran kedua-dua pihak, namun tidak berjaya.

“Suspek yang dipercayai mabuk duduk di meja bertentangan terus membaling botol dan terkena ke arah kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, setelah insiden tersebut, suspek terus melarikan diri ke rumah.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan disahkan mengalami kecederaan serta menerima enam jahitan.

“Botol kaca yang telah pecah dipercayai digunakan oleh suspek dijumpai dibelakang premis tersebut.

“Pihak polis telah menjalankan tindakan segera bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ini,” katanya.

Tambahnya lagi, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun di bilik tidur salah sebuah rumah panjang di sini, sekitar 1.20 pagi tadi.

“Pihak polis turut merampas objek yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

“Soal siasat awal, suspek maklum berbuat demikian kerana ingin meleraikan pertengkaran tersebut yang sangat bising.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan objek berbahaya,” katanya lagi.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sarikei hari ini bagi tujuan permohonan reman untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak di luar kawalan sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

“Pihak polis memandang serius sebarang bentuk jenayah kekerasan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat,” katanya.

Kes kini masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Warga emas rugi RM549,448 terperdaya pinjaman tidak wujud di Facebook
Next: Empat serbuan IPD Sri Aman tumpaskan judi haram, empat individu ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.