Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sejambak Kasih JKM santuni 234 penerima di Simanggang sempena Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Sejambak Kasih JKM santuni 234 penerima di Simanggang sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis merasmikan Majlis Sejambak Kasih JKM Bahagian Sri Aman sempena Tahun Baharu Cina, baru-baru ini. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus komited memastikan kebajikan rakyat terjaga menerusi penganjuran Program Sejambak Kasih yang menjadi agenda tetap setiap kali menjelangnya musim perayaan utama di negeri ini.

​Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, seramai 1,177 penerima bantuan bulanan JKM direkodkan, di mana daripada jumlah tersebut, seramai 234 warga emas dan individu daripada kaum Cina telah dikenal pasti sebagai penerima manfaat bagi edisi Tahun Baharu Cina 2026.

​Majlis simbolik penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, yang melibatkan kehadiran seramai 100 penerima jemputan di sini, baru-baru ini.

​Dalam ucapannya, Harden menegaskan bahawa Program Sejambak Kasih ini bukan sekadar bantuan bermusim, malah ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan klien JKM selain mencetuskan suasana kegembiraan dan kebersamaan dalam menyambut perayaan.

​Beliau menjelaskan bahawa dana yang disalurkan merupakan peruntukan khusus daripada kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diuruskan secara sistematik melalui JKM Sarawak bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.

​Sehubungan itu, beliau menggesa para penerima agar sentiasa menyedari dan memahami hasrat murni kerajaan dalam mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di seluruh pelosok negeri.

​Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menitipkan pesanan agar rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan sedia ada demi kelangsungan pembangunan dan kestabilan ekonomi yang telah dinikmati selama ini.

​”Apabila tiba masanya kerajaan memerlukan mandat dan sokongan rakyat untuk memilih, pilihlah wakil rakyat daripada GPS bagi memastikan kesinambungan agenda pembelaan nasib rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan,” ujar beliau.

​Program ini membuktikan keprihatinan tinggi kerajaan terhadap kos sara hidup, terutamanya menjelang musim perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak dan Krismas yang disambut meriah di Sarawak.

​Majlis tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan tempatan termasuk Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh dan Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, yang menunjukkan sokongan padu terhadap inisiatif kebajikan ini.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penyerahan limau serlah perpaduan kukuh di Lubok Antu sempena Tahun Baharu Cina  
Next: CMAA bimbang generasi baharu tarian singa pelihara warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.