Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis keluar 14 saman dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Polis keluar 14 saman dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 17 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh IPD Lubok Antu di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Polis mengeluarkan sebanyak 14 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei, semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, operasi tersebut dijalankan dari 2.30 petang hingga 6.00 petang di kawasan pentadbiran daerah berkenaan sebagai langkah mempergiat usaha pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

Operasi berkenaan dilaksanakan berdasarkan Perintah Gerakan Ketua Polis Daerah Bil. 20/2026 serta Perintah Gerakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bil. 1/2025 bertarikh 4 Mac 2025.

Operasi diketuai Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin dengan kekuatan seramai 19 pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan di lokasi operasi.

Antara objektif utama operasi adalah untuk menurunkan kadar jenayah indeks di kawasan titik panas, mencegah dan membanteras jenayah serta kesalahan lalu lintas, selain melaksanakan pemeriksaan ke atas individu dan kenderaan mencurigakan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 98 kenderaan dan 110 individu telah diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta mengesan mana-mana individu yang dikehendaki polis.

Daripada jumlah tersebut, polis telah mengeluarkan 14 saman melibatkan kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, lampu brek tidak berfungsi serta kesalahan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan tiada kenderaan disita sepanjang operasi berkenaan dijalankan.

Operasi tersebut turut berjalan lancar meskipun keadaan cuaca hujan renyai-renyai yang sedikit sebanyak memberi cabaran kepada anggota bertugas di lapangan.

IPD Lubok Antu menegaskan akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara serta memupuk kesedaran masyarakat agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 53 individu positif dadah, ketum dalam Ops Cegah AADK Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.