
KUCHING: Longgokan bahan binaan iaitu kepingan dinding untuk pembinaan bangunan baharu terbakar dalam satu kejadian di sebuah kilang sejuk beku Batu 14 1/2, Jalan Kuching–Serian, di sini, petang ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.33 petang.
Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi kejadian, kebakaran didapati melibatkan longgokan kepingan dinding yang digunakan bagi pembinaan bangunan baharu di kawasan premis berkenaan.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini dan tindakan pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada merebak ke bahagian lain,” jelas Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan I Ramzai Talip, dalam satu kenyataan hari ini.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.