
PETRA JAYA: Penyanyi popular kelahiran Sarawak, Hafiz Suip kembali bergelar suami apabila menamatkan zaman dudanya dengan berkahwin bersama pilihan hatinya, Fiona Saffiyya, dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di sini, hari ini.
Menerusi perkongsian video pendek yang dimuat naik di platform TikTok, Hafiz kelihatan melafazkan lafaz taklik nikah sebaik sahaja selesai proses ijab kabul, menandakan permulaan fasa baharu dalam kehidupan penyanyi tersebut.

Majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana itu menyaksikan kehadiran ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat pasangan berkenaan.
Hafiz pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016, dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.
Perkahwinan itu berakhir dengan perceraian yang disahkan pada Mei 2025.