Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program audit tahunan JKKK perkukuh tadbir urus pentadbiran kampung di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Program audit tahunan JKKK perkukuh tadbir urus pentadbiran kampung di Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGERUSI Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu. (BANGUN), John Sini Benang.

SIBU: Pelaksanaan Program Audit Tahunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) oleh Pejabat Daerah dilihat sebagai langkah penting untuk memastikan pentadbiran kampung di Sarawak lebih telus dan teratur.

Menurut Pengerusi Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN), John Sini Benang, JKKK merupakan institusi paling hampir dengan rakyat dan memainkan peranan besar sebagai penghubung antara kerajaan dan komuniti luar bandar.

Katanya, JKKK bukan sahaja menyelaras program pembangunan dan aktiviti kemasyarakatan, malah turut mengurus pelbagai peruntukan kewangan termasuk Projek Kecil Luar Bandar (MRP), geran pembangunan khas, bantuan kebajikan komuniti serta dana pembaikan infrastruktur.

“Pelaksanaan audit tahunan ini bukan untuk menghukum, tetapi sebagai mekanisme bagi memastikan pengurusan kewangan dibuat secara teratur, setiap transaksi direkod dengan dokumen lengkap dan perbelanjaan mematuhi kelulusan,” jelasnya.

Beliau menambah, audit berkala dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan JKKK serta memperkukuh standard pentadbiran kampung selaras dengan aspirasi Sarawak menuju ekonomi berpendapatan tinggi dan transformasi digital.

Dalam masa sama, proses audit juga boleh dijadikan platform meningkatkan kemahiran ahli jawatankuasa, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan penggunaan sistem digital melalui latihan serta bimbingan profesional.

Menurutnya lagi, audit yang dilaksanakan secara konsisten mampu mengelakkan salah faham atau konflik dalaman komuniti yang berpunca daripada isu kewangan kerana semua laporan disokong dokumentasi yang jelas dan teratur.

Selain menyeragamkan tadbir urus di seluruh Sarawak, audit tahunan juga membantu kerajaan merancang pembangunan luar bandar dengan lebih tepat berdasarkan data kewangan yang sahih.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, beliau mencadangkan penyediaan senarai semak audit standard, penggunaan format laporan kewangan yang seragam, penghantaran laporan secara digital serta penganjuran bengkel latihan kepada bendahari dan setiausaha JKKK.

Secara keseluruhan, Program Audit Tahunan JKKK dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh integriti, profesionalisme dan pembangunan mampan di peringkat akar umbi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Jepak bermandikan cahaya sempena Tahun Baharu Cina
Next: Mayat lelaki jatuh dari Jambatan Lutong ditemui pagi tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.