Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Jepak bermandikan cahaya sempena Tahun Baharu Cina
  • Utara
  • WILAYAH

Jambatan Jepak bermandikan cahaya sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIMBOLIK… Datu Cassidy Morris menyempurnakan simbolik perasmian bersama yang lain pada majlis Pencahayaan LED Jambatan TTM sempena sambutan TBC di Bintulu.

BINTULU: Pencahayaan hiasan di Jambatan Tun Taib Mahmud (TTM) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Jepak akan dinyalakan setiap hari bermula 7.00 malam hingga 11.00 malam sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, langkah tersebut diambil bagi menyemarakkan suasana perayaan serta memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina sehingga Cap Goh Mei pada 3 Mac ini.

“Pihak berkaitan telah bersetuju untuk menyalakan lampu sempena musim perayaan supaya orang ramai dapat merasai suasana meriah. 

PEMANDANGAN Jambatan Tun Taib Mahmud dihiasi pencahayaan LED sempena sambutan TBC, sekali gus memeriahkan suasana malam di Bintulu sehingga Cap Goh Mei.

“Ini juga memberi peluang kepada pengunjung dari luar untuk menikmati keindahan bandar Bintulu,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Lampu Diod Pemancar Cahaya (LED) TBC jambatan TTM  di sini, semalam.

Beliau turut menyifatkan jambatan berkenaan sebagai ikon baharu bandar tersebut, malah menyerupai jambatan terkenal di luar negara dari segi pencahayaan dan panorama, sekali gus menjadi tarikan pelancongan pada waktu malam.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan yang sesuai seperti di sekitar tebingan (waterfront), Lasar Kenyalang atau kawasan lapangan terbang lama bagi mendapatkan sudut pandangan yang lebih menarik.

RAKAM KENANGAN… Johnny Pang dan Datu Cassidy Morris bersama yang lain merakam gambar berlatarkan Jambatan TTM yang diterangi lampu LED di Bintulu.

“Dari lokasi ini, pengunjung boleh melihat keseluruhan pencahayaan jambatan dengan lebih jelas dan selamat,” tambahnya.

Majlis pelancaran pencahayaan hiasan jambatan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Datu Cassidy Morris.

Inisiatif seumpama itu dijangka bukan sahaja menceriakan suasana perayaan, malah memperkukuh imej Bintulu sebagai bandar yang progresif dan berdaya tarikan, khususnya pada waktu malam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP naik taraf Rumah Panjang Kampung Putat siap sepenuhnya
Next: Program audit tahunan JKKK perkukuh tadbir urus pentadbiran kampung di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.