Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 23 KMKK terima sijil pelantikan baharu di DUN Marudi
  • WILAYAH

23 KMKK terima sijil pelantikan baharu di DUN Marudi

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum bersama JKKK merkam kenangan pada mjlis penangguhan Dialog Awam KMKK. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 23 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima Sijil Pelantikan Semula Perkhidmatan Ketua Masyarakat, Sijil Pelantikan Baharu Ketua Kaum dan Sijil Pelanjutan Ketua Kaum bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi.

Penyerahan sijil-sijil tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Mangil, di Dewan Chan Restoran semalam.

Mendahului penerima Sijil Pelantikan Semula Perkhidmatan Ketua Masyarakat ialah Pemanca Jamel Sabil bagi Daerah Marudi dan masyarakat Melayu, manakala Pemanca Wong Kiong Ching menerima pelantikan semula bagi daerah Marudi untuk masyarakat Cina, kedua-duanya untuk tempoh satu tahun.

Dua Ketua Kaum menerima Sijil Pelantikan Baharu, iaitu Anthony Unji bagi kawasan Sungai Kejaman dan Ketua Kaum Masil Madang bagi kawasan Paya Hilir, Marudi, masing-masing untuk tempoh dua tahun.

Pelantikan semula perkhidmatan Ketua Masyarakat bagi kawasan DUN Marudi turut melibatkan Penghulu Mohamad Abdul Majid bagi Kampung Melayu Marudi, Penghulu Alek Jelom bagi Lower Batang Baram, dan Penghulu Lau Kah Liang bagi daerah Marudi, masing-masing untuk tempoh dua tahun.

PENGHARGAAN… Datuk Dr Penguang Manggil menerima cenderamata disampaikan Pegawai Daerah Pejabat Marudi, Rose Edward Tarang. Foto Jiku Juguong

Selain itu, seramai 16 Ketua Kaum (KK) menerima Sijil Pelanjutan, termasuk KK Asam Manggong bagi Sungai Pedada Assam Paya, KK Asi Sayun bagi Sungai Arang A, KK Gilling Mangong bagi Sungai Arang B, KK Hasbie Suleiman bagi Kampung Benawa Marudi, KK Abdullah Piee bagi Kampung Dagang Marudi, KK Tungang Ngau bagi Long Maro, Tinjar, dan KK Hashim Tobi bagi Kampung Narum Marudi.

Seterusnya, KK Umar Surip bagi Kampung Padang Kerbau Marudi, Kapitan Wong Chung Ming bagi Kampung Pemindahan Cina, KK Mekal Mundam bagi Kampung Baru Putat, KK Ubie Mujab bagi Kampung Kuala Ridan, KK Fredrick Belaja Kassim bagi Assam Paya Ulu, KK James Ansi bagi Sungai Buloh B, KK Nyegang Rawing bagi Sungai Temiang, dan KK Nawah Lopeng bagi Sungai Tudan Ujung Daun, tempoh pelantikan antara satu hingga dua tahun.

Pada majlis tersebut, Datuk Dr Penguang juga mendedahkan bahawa sejak 2017 hingga 2025, sebanyak 57 projek UNIFOR telah dilaksanakan di DUN Marudi dengan jumlah peruntukan hampir RM8 juta.

Beliau turut memaklumkan bahawa antara 2018 hingga 2025, sebanyak 42 projek Skim Pinjaman Rumah Panjang telah diluluskan di DUN Marudi dengan jumlah peruntukan hampir RM21 juta.

Majlis turut diabadikan dengan sesi bergambar, di mana Datuk Dr Penguang menerima cenderamata daripada Pegawai Daerah Pejabat Marudi, Rose Edward Tarang, menyerahkan Sijil Pelantikan Semula Perkhidmatan kepada Pemanca Wong Kiong Ching, serta Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merakam kenangan pada majlis penangguhan Dialog Awam KMKK.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kegembiraan warga emas Batu Niah terima rumah dibaik pulih menjelang Tahun Baharu Cina
Next: Belia, Pemuda PBB Kampung Melayu Roban anjur Sepak Takraw Piala ADUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.