Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Guru maut dirempuh 4WD di Jalan Deshon
  • KEMALANGAN

Guru maut dirempuh 4WD di Jalan Deshon

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang guru disahkan maut selepas dipercayai dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Deshon, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar 7.53 malam.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan seorang pejalan kaki.

Katanya, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu.

“Kemalangan berkenaan turut mengakibatkan kerosakkan pada bahagian hadapan kenderaan Toyota Hilux tersebut.

“Susulan kejadian, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut digilis lori treler di Jalan Pesisir Bintulu-Miri
Next: Pelajar Tingkatan 5 maut, nahas lori treler di Jalan Bintulu-Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.