Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan tiga blok rumah pekerja di Tabuan Jaya, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan tiga blok rumah pekerja di Tabuan Jaya, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEBAKARAN rumah pekerja di tapak pembinaan bersebelahan Sarawak Skill, Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya

KUCHING: Tiga blok rumah pekerja di tapak pembinaan bersebelahan Sarawak Skills, Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya musnah dalam kebakaran yang dilaporkan pada 4.12 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Padungan tiba di lokasi pada 4.18 petang.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 4.45 petang. Insiden melibatkan tiga blok rumah pekerja sementara yang tidak kekal.

“Blok A dan Blok B masing-masing mempunyai 10 bilik, manakala Blok C mempunyai 12 bilik. Ketiga-tiga blok musnah sepenuhnya,” menurut kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Jentera Penyelamat dan Pemadam Kebakaran (FRT), satu Jentera Penyelamat dan Pemadam Kebakaran Kompak (CFRT) dan satu Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kebakaran kereta di Batu Kawa, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.