Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat saksikan penyerahan tapak projek Jalan Marudi–Mulu di Poyut Lubok Nibong 
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat saksikan penyerahan tapak projek Jalan Marudi–Mulu di Poyut Lubok Nibong 

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Gerawat Gala menyaksikan majlis ringkas penyerahan tapak pakej 2, Fasa 1, Projek Jalan Miri – Marudi – MULU – Long Lama. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, menyaksikan majlis ringkas, Penyerahan Tapak Pakej 2, Fasa 1, Projek Jalan Marudi – Mulu (Kuala Melinau) di bawah Projek Jalan Miri-Marudi-Mulu – Long Lama (MMMLL) di Poyut Lubok Nibong di sini, semalam.

Gerawat berkata majlis ini menandakan satu lagi langkah penting dalam pelaksanaan projek infrastruktur strategik yang dinantikan oleh rakyat khususnya di kawasan pedalaman Baram dan Mulu.

Majlis menyerahan tapak ini menandakan permulaan rasmi pelaksanaan Pakej 2 (Poyut ke Sungai Selejau) dengan jajaran sepanjang 6.2 kilomter.

Katanya pelaksanaan pakej ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan projek Jalan Marudi-Mulu dapat dilaksanakan  secara berperingkat dan tersusun mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menegaskan bahawa projek ini amat penting dalam meningkatkan jaringan perhubungan darat ke kawasan pedalaman khususnya ke Taman Negara Mulu yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Jelasnya pembinaan jalan ini bukan sahaja akan memudahkan pergerakan penduduk setempat malah akan menyokong sektor pelancongan dan pemeliharaan kawasan berstatus antarabangsa secara lebih mampan.

Katanya secara keseluruhan, jaringan jalan sepanjang 74 kilomter dari Marudi ke Mulu ini akan berhubung dengan

Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) Fasa 2, sekali gus mewujudkan rangkaian perhubungan yang lebih menyeluruh antara Sarawak dan Sabah.

Beliau berharap projek ini dapat memberi impak besar terhadap kesejahteraan rakyat, di samping memperkukuh akses perhubungan serta merancakkan pembangunan sosioekonomi setempat.

Tambahnya selain itu pembinaan jalan ini juga akan membuka susur jalan ke penempatan besar termasuk Long Ukuk, Long Linei dan Long Panai yang selama ini berdepan cabaran akses perhubungan darat.

“Saya ingin merakamkan selamat maju jaya kepada Sarawak selaku kontraktor reka dan bina bagi Pakej 2, Fasa 1 Projek Jalan MMMLL,” kata Gerawat.

Beliau juga berharap pihak kontraktor dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen, profesionalisme serta mematuhi jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan demi memastikan projek ini siap dengan kualiti terbaik.

Katanya kerajaan akan terus komited memantau pelaksanaan projek ini agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat khususnya di kawasan Marudi dan Mulu.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita DUN Bukit Saban diperkasa menerusi Kursus Pembuatan Mi Kuning
Next: Tiang santuni peniaga, pengunjung, samarakkan Tahun Baharu Cina di Pasar Jaya Li Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.