Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gol lewat Sesko selamatkan United 
  • SUKAN

Gol lewat Sesko selamatkan United 

Utusan Sarawak 10 hours ago

Benjamin Sesko meraikan jaringan penyamaan Manchester United ketika menentang West Ham. Foto AFP

LONDON: Benjamin Sesko menyelamatkan permulaan tanpa kalah Michael Carrick sebagai pengurus interim Manchester United dengan jaringan penyamaan saat-saat akhir dalam keputusan seri 1-1 menentang West Ham yang bergelut pada aksi awal  pagi tadi.

Ketinggalan akibat gol separuh masa kedua Tomas Soucek di Stadium London, Carrick hampir mengalami kekalahan pertamanya dalam lima perlawanan sebelum Sesko meledak gol penyamaan di penghujung perlawanan.

Carrick telah menyuntik nafas baharu kepada United dengan kemenangan ke atas Manchester City, Arsenal, Fulham dan Tottenham sejak menggantikan Ruben Amorim yang dipecat. 

Bekas pemain tengah United itu hanya dilantik hingga akhir musim, namun permulaan cemerlangnya menyaksikan beliau dicanang untuk dilantik secara tetap.

Persembahan kali ini tidak sekemas perlawanan terdahulu di bawah kendaliannya, namun Carrick boleh berasa lega dengan semangat juang pemainnya yang enggan mengalah.

United kekal di tempat keempat Liga Perdana Inggeris, satu mata di hadapan Chelsea di tempat kelima dalam perebutan kelayakan Liga Juara-Juara. 

West Ham yang berada di kedudukan ketiga tercorot gagal mempertahankan kelebihan dan kini dua mata di belakang Nottingham Forest di tempat keempat tercorot dalam perebutan mengelak penyingkiran. 

Forest akan beraksi dalam perlawanan tertangguh menentang Wolves yang berada di dasar liga pada Rabu.

Penyokong United, Frank Ilett, sekali lagi terpaksa menangguhkan potongan rambut yang dinantikannya. 

Ilett meraih lebih dua juta pengikut di media sosial sejak berikrar pada Oktober 2024 untuk membiarkan rambutnya panjang sehingga United mencatat lima kemenangan berturut-turut. 

Kini, dia perlu berharap United memulakan satu lagi siri kemenangan sebelum boleh memegang gunting.

Penyerang West Ham Crysencio Summerville, yang menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan sebelumnya, hampir menambah koleksi dengan satu rembatan padu yang ditepis keluar sepenuh badan oleh Senne Lammens.

United bergelut untuk mendapatkan rentak permainan dalam sebahagian besar babak pertama. 

Ancaman jarang hadir menerusi sepakan penjuru Bruno Fernandes, namun percubaan jarak dekat Luke Shaw dikeluarkan di atas garisan oleh Aaron Wan-Bissaka. 

Barisan serangan United kekurangan bekalan dan apabila Amad Dialloberpeluang, rembatan dari sudut sempitnya hanya mengena jaring sisi sebelum rehat.

Kelesuan itu dihukum lima minit selepas babak kedua bermula. Gagal memerangkap West Ham dengan tekanan tinggi, United dipukul balas pantas. 

Soucek menghantar bola kepada Jarrod Bowen di sayap kanan sebelum membuat larian tepat untuk menyambut hantaran rendah Bowen dengan sentuhan kemas dari jarak lima ela. 

Gol itu mudah dibolosi, dengan Shaw dan Kobbie Mainoo lewat bertindak.

United dinafikan gol penyamaan pada minit ke-63 apabila tandukan Casemirodibatalkan kerana ofsaid selepas semakan VAR. 

Anak buah Carrick menguasai penghujung perlawanan, namun peluang terakhir seakan terlepas apabila Joshua Zirkzee menanduk bola sekadar inci tersasar dalam masa kecederaan.

Namun, West Ham akhirnya dihukum apabila Sesko menyamakan kedudukan dengan berbaki beberapa saat. 

Bryan Mbeumo menghantar lintang berbahaya dan Sesko dengan tenang menolak masuk dari jarak 10 ela melepasi penjaga gol West Ham, Mads Hermansen. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool perlu ‘kesempurnaan’ untuk layak ke Liga Juara-Juara, akui Slot
Next: Keputusan seri Chelsea dengan Leeds ‘pil pahit’ buat Rosenior

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.