Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan komited teruskan rundingan MA63 – Mustapha Sakmud
  • NASIONAL

Kerajaan komited teruskan rundingan MA63 – Mustapha Sakmud

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI kekal komited dalam meneruskan perundingan mengenai perkara-perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dikemukakan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak supaya dapat diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka perundangan sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata ia termasuk sesi rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah berhubung Pemberian Khas Kepada Sabah Mengikut Perlembagaan Persekutuan yang dilaksanakan pada 17 November 2025 dan 28 Januari 2026.

“Bagaimanapun, rundingan ini masih dijalankan dan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS JPM) turut dilibatkan dalam rundingan antara Kementerian Kewangan dengan kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), yang merupakan jabatan terakhir menggulung perbahasan usul itu di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi isu kesihatan dan pendidikan, Mustapha berkata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah menubuhkan jawatankuasa kerja di peringkat kementerian masing-masing bagi meneliti semua isu yang dibangkitkan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak.

Beliau turut menjelaskan buat masa sekarang tugas utama beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) adalah bertanggungjawab secara langsung ke atas BHESS JPM yang merupakan Sekretariat kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

Kerajaan pada 6 Februari lepas memutuskan beliau diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63, dengan semua perkara di bawah MA63 yang dibawa oleh kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak dibincangkan dalam MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy terima pengiktirafan kecemerlangan alam sekitar pada PMHA 2024/2025
Next: Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.