Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki berdiri pada 9 Februari 2026 di atas runtuhan sebuah bangunan kediaman lama yang runtuh di kawasan Bab al-Tabbaneh, di bandar Tripoli, utara Lubnan, sehari sebelumnya. Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di bandar Tripoli, utara Lubnan, meningkat kepada 14 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir, menurut ketua pertahanan awam pada 9 Februari. Foto AFP

ISTANBUL: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman di Bandar Tripoli, utara Lubnan meningkat kepada 14 orang, menurut pihak berkuasa semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam negara itu, Mejar Jeneral Imad Khreiss berkata, operasi mencari dan menyelamat telah tamat, dengan 14 individu maut dalam kejadian itu manakala lapan yang lain berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Nasional kendalian kerajaan.

SEORANG wanita memandang keluar dari tingkap sebuah bangunan usang di kawasan Bab al-Tabbaneh, di bandar Tripoli, utara Lubnan, pada 9 Februari 2026. Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di bandar Tripoli, utara Lubnan, meningkat kepada 14 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir, menurut ketua pertahanan awam pada 9 Februari. Foto AFP

Pihak berkuasa berkata sebuah bangunan bertingkat runtuh pada Ahad di kejiranan al-Tabbaneh, Tripoli. Kawasan berkenaan merupakan antara kawasan termiskin di bandar itu dengan kejadian bangunan runtuh sering berlaku disebabkan infrastruktur yang daif.

Presiden Lubnan Joseph Aoun mengkritik pihak berkuasa tempatan kerana gagal mengambil “langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian bangunan runtuh dan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.”

ASKAR Lubnan mengawal lokasi kejadian pada 9 Februari 2026, di mana sebuah bangunan kediaman lama runtuh di kawasan Bab al-Tabbaneh, Tripoli, sehari sebelumnya. Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di bandar Tripoli, utara Lubnan, meningkat kepada 14 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir, menurut ketua pertahanan awam pada 9 Februari. Foto AFP

Bulan lepas, dua orang terkorban manakala beberapa yang lain cedera apabila sebuah bangunan kediaman runtuh di bandar yang sama. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara