Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar Politeknik Mukah jayakan program CSR bersama komuniti Kampung Igan
  • PENDIDIKAN

Pelajar Politeknik Mukah jayakan program CSR bersama komuniti Kampung Igan

Utusan Sarawak 15 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan pelajar Politeknik Mukah bersama wakil Pejabat Daerah Kecil Igan dan kepimpinan komuniti selepas Program CSR di Kampung Igan. Foto PMU

IGAN: Pelajar Politeknik Mukah Sarawak (PMU) terlibat secara aktif dalam Program CSR Khidmat Siswa Pengguna bersama komuniti Kampung Igan yang dianjurkan Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) dan Pejabat Daerah Kecil Igan, baru-baru ini.

Program berkenaan melibatkan penyertaan seramai 66 pelajar dan 50 pensyarah PMU selain sokongan komuniti daripada enam buah kampung di sekitar Igan. 

Inisiatif itu bertujuan memupuk nilai kepimpinan, keprihatinan sosial serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar menerusi pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk setempat.

Selain itu, program tersebut turut menjadi platform penglibatan langsung pelajar bersama komuniti dalam menyemai semangat kerjasama, tolong-menolong dan tanggungjawab sosial, sekali gus mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat luar kampus.

SEMANGAT… Kesungguhan pelajar Politeknik Mukah ketika menyertai Program CSR Khidmat Siswa Pengguna bersama komuniti Kampung Igan, baru-baru ini. Foto PMU

Program berkenaan mendapat sokongan daripada Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Igan, Aznieda Man, serta barisan kepimpinan komuniti yang terdiri daripada Ketua Kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari beberapa kampung di sekitar kawasan tersebut.

“Komitmen Politeknik Mukah dalam memperkasakan budaya kesukarelawanan dalam kalangan pelajar di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama komuniti setempat,” kata Pegawai Penyelaras Sukarelawan YES PMU, Salehuddin Ismail, dalam sebuah kenyataan hari ini. 

Program tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara PMU dan komuniti Kampung Igan, malah menjadi medan pembentukan sahsiah pelajar secara holistik.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar Diploma Perakaunan Politeknik Mukah jayakan program khidmat bakti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.