Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lo Khere Chiang hulur bantuan mangsa kebakaran Taman Penrissen menjelang Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Lo Khere Chiang hulur bantuan mangsa kebakaran Taman Penrissen menjelang Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang menyampaikan sumbangan kepada kepada Sim, mangsa kebakaran yang kehilangan rumah, semalam.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang, melawat Taman Penrissen pagi ini bagi menyampaikan bantuan serta sokongan moral kepada Sim, mangsa kebakaran yang kehilangan rumah, semalam.

Pada lawatan tersebut, Lo menyerahkan barangan keperluan harian termasuk makanan asas serta angpau kepada mangsa selepas meninjau lokasi kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kejadian berkenaan.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 3.00 petang semalam di Taman Penrissen, Jalan Kuching–Serian itu telah memusnahkan rumah mangsa. Sim bersama lima ahli keluarganya berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan, namun semua harta benda termasuk van hangus terbakar.

ADUN Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang meninjau keadaan rumah Sim, mangsa kebakaran yang kehilangan rumah, semalam.

Lo turut memuji tindakan pantas Pejabat Daerah Kecil Padawan yang telah menyalurkan bantuan segera berupa barangan makanan dan selimut bagi membantu keluarga mangsa menghadapi detik sukar tersebut.

Selain itu, beberapa pertubuhan masyarakat turut tampil menghulurkan bantuan, antaranya Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Hia Khor Sarawak serta Persatuan Penganut Agama Tokong Hock Teck Padawan yang menyumbangkan angpau sebagai tanda keprihatinan.

Lo berkata beliau amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa, lebih-lebih lagi ketika sambutan Tahun Baharu Cina semakin hampir dan keluarga berkenaan kini terpaksa menumpang di rumah saudara-mara.

Beliau menambah bahawa pihaknya akan berusaha untuk berhubung dengan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak bagi meneliti kemungkinan menyediakan penempatan sementara bagi membantu keluarga tersebut meneruskan kehidupan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM810.6 juta perkukuh bekalan air dengan loji baharu di Sebuyau, Tebedu
Next: JPJ Kuching tingkat penguatkuasaan terhadap parkir haram menerusi Ops Patuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.