Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Tahun Baharu Cina di Miri Times Square meriah
  • WILAYAH

Bazar Tahun Baharu Cina di Miri Times Square meriah

Utusan Sarawak 8 hours ago
MERIAH… Bazar Tahun Baharu Cina di Miri Times Square meriah dengan kehadiran pengunjung yang menikmati suasana perayaan, deretan tanglung merah serta pelbagai juadah dan barangan tradisi yang ditawarkan, hari ini. Foto Liong Chai Ling

MIRI: Sambutan Tahun Baharu Cina di sini terus disemarakkan dengan penganjuran bazar perayaan di Miri Times Square yang menjadi lokasi tumpuan warga tempatan dan pelancong.

Dihiasi dengan deretan tanglung merah serta dekorasi bertemakan perayaan, kawasan berkenaan bertukar wajah setiap petang apabila gerai makanan, minuman dan barangan perayaan mula beroperasi dari 4.00 petang hingga 11.00 malam.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati pengunjung mengambil peluang menikmati pelbagai pilihan makanan tradisional dan moden yang memenuhi selera generasi muda.

Menurut seorang pengunjung, Thomas Yong,45, suasana di lokasi itu memberi pengalaman berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Walaupun lokasi sambutan berubah mengikut perkembangan bandar, kemeriahannya tetap terasa. Tempat ini sesuai untuk keluarga bersantai dan merakam gambar kenangan,” katanya.

Selain aktiviti jualan, beberapa program kebudayaan turut diadakan sepanjang musim perayaan termasuk pertandingan seni kaligrafi Cina dan persembahan komuniti, sekali gus memperkukuh elemen warisan budaya dalam suasana moden.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Larry Sng: Kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan semakin tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.