Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zhen Xiang Kenny Lim, Nur Ain Ramadhania dinobat Olahragawan, Olahragawati Harapan SUKSAR IV 2026
  • SUKAN

Zhen Xiang Kenny Lim, Nur Ain Ramadhania dinobat Olahragawan, Olahragawati Harapan SUKSAR IV 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan kepada Zhen Xiang Kenny Lim dan Nur Ain Ramadhania Abdullah. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Atlet berbasikal, Zhen Xiang Kenny Lim dan Nur Ain Ramadhania Abdullah, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan prestasi mereka sepanjang kejohanan berlangsung.

Nur Ain Ramadhania Abdullah dari Zon Barat muncul sebagai Olahragawati Harapan selepas mempamerkan aksi konsisten dan dominan dalam acara berbasikal wanita dengan meraih empat pingat emas. 

Kejayaan itu membuktikan keupayaannya sebagai antara bakat muda berpotensi besar dalam arena sukan berbasikal negeri.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan kepada Zhen Xiang Kenny Lim dan Nur Ain Ramadhania Abdullah. Foto Adi Safarman

Empat pingat emas yang diraih Nur Ain adalah menerusi acara Women Criterium dengan catatan masa 09:43:39, Women Individual Time Trial (00:41:54), Women Individual Road Race (03:47:31) serta Women Team Road Race dengan masa keseluruhan 11:34:08.

Sementara itu, Zhen Xiang Kenny Lim dari Zon Selatan pula dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan selepas mengungguli acara berbasikal lelaki dengan pencapaian cemerlang empat pingat emas sepanjang SUKSAR IV 2026.

Zhen Xiang Kenny memenangi pingat emas menerusi acara Individual Road Race, Team Road Race, Individual Time Trial serta Team Time Trial, sekali gus menampilkan prestasi menyeluruh dan tahap kecergasan tinggi dalam setiap perlumbaan yang disertai.

Pemilihan kedua-dua atlet ini sebagai Olahragawan dan Olahragawati Harapan dilihat sebagai pengiktirafan terhadap disiplin, komitmen serta potensi besar mereka untuk terus berkembang di peringkat lebih tinggi, termasuk mewakili Sarawak dan negara pada masa hadapan.

Majlis Penangguhan Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Penganjuran SUKSAR IV 2026 bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam kalangan atlet muda Sarawak, malah terus berperanan sebagai medan melahirkan pelapis sukan berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di persada lebih luas.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak buktikan kejayaan ekonomi, komitmen tinggi bangunkan sukan
Next: ADUN Kalaka ucap tahniah kepada Nur Ain Ramadhania dipilih sebagai Olahragawati Harapan SUKSAR IV 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.