Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah terbakar 60 peratus di Taman Penrissen, lima penghuni selamat
  • KEBAKARAN

Rumah terbakar 60 peratus di Taman Penrissen, lima penghuni selamat

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah rumah yang terbakar kira-kira 60 peratus di Taman Penrissen, Batu 12, Jalan Kuching–Serian, petang ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Sebuah rumah di Taman Penrissen, Batu 12, Jalan Kuching-Serian mengalami kebakaran dengan anggaran kemusnahan kira-kira 60 peratus dalam kejadian yang berlaku petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.08 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan, dibantu BBP Kota Sentosa, digerakkan ke lokasi.

Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada 3.25 petang selepas menempuh jarak kira-kira 19 kilometer dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada 3.30 petang. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.25 petang.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Ahmad Shah Sa’ad berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan tiga pancutan daripada pam jentera, selain sumber air daripada tangki jentera.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah rumah yang terbakar kira-kira 60 peratus di Taman Penrissen, Batu 12, Jalan Kuching–Serian, petang ini. Foto JBPM Sarawak

“Setibanya di lokasi, didapati rumah simen sedang terbakar. Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata, kesemua lima penghuni rumah, terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Dalam kejadian sama, van yang rosak dan tidak lagi digunakan turut terbakar. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi melibatkan seramai 13 anggota dengan kekuatan empat jentera, masing-masing FRT, CFRT, EMRS dan kenderaan utiliti Hilux. Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu kelancaran operasi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lima penghuni termasuk bayi terselamat, kebakaran di Bekenu
Next: Kebakaran kereta di Batu Kawa, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.