Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Miki, Elias raih kemenangan muay thai di RWS Thailand
  • SUKAN

Miki, Elias raih kemenangan muay thai di RWS Thailand

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAHNIAH… Petarung muda sensasi negara, Miki memulakan penampilan sulungnya di pentas berprestij Rajadamnern World Series (RWS) Thailand dengan menumpaskan lawan dari Iran, Reza Dostielmi, malam ini.

BANGKOK: Petarung muda sensasi negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 16 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Miki’, memulakan penampilan sulungnya di pentas berprestij Rajadamnern World Series (RWS) Thailand dengan menumpaskan lawan dari Iran, Reza Dostielmi, melalui keputusan majoriti 29-27 sebentar tadi.

Sementara itu, abangnya, Muhammad Elias Ghazali Zulfikar, 23 tahun turut mencatat kemenangan apabila menewaskan pencabarnya, Haru Akita dari Jepun, bagi kategori 128 paun.

TAHNIAH… Muhammad Elias Ghazali Zulfikar, 23 tahun turut mencatat kemenangan apabila menewaskan pencabarnya, Haru Akita dari Jepun, bagi kategori 128 paun.

Kejayaan dua beradik itu di RWS, yang menghimpunkan petarung elit dari seluruh dunia, dianggap satu pencapaian besar kerana platform berkenaan sering menjadi pentas kelahiran bintang muay thai antarabangsa.

Selain itu, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau ‘Jojo’ turut mencatat kemenangan menewaskan petarung Myanmar, Ye Yint Naung, pada aksi ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, semalam.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 22 petinju terbaik disenarai ke pemilihan akhir skuad tinju Sarawak ke SUKMA 2026
Next: Piala Malaysia: Kuching City FC selangkah ke separuh akhir, tewaskan DPMM 3-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.