Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah curi 23 tandan sawit, lelaki dicekup polis di Niah
  • JENAYAH

Padah curi 23 tandan sawit, lelaki dicekup polis di Niah

Utusan Sarawak 7 hours ago
DIRAMPAS… Sebahagian sawit yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Niah  

MIRI: Tindakan seorang lelaki  mencuri tandan buah sawit membawa padah apabila dia diberkas polis dalam satu operasi di Niah, semalam.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Batu Niah hasil maklumat orang awam berhubung kehilangan buah sawit di ladang sawit di Niah.

DITAHAN… Suspek ditahan curi sawit dalam kejadian di ladang sawit di Niah. Foto IPD Niah

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah  berkata, kejadian yang berlaku pada 5 Februari lalu melibatkan kecurian sebanyak 23 tandan sawit yang dianggarkan bernilai RM200.

“Bertindak atas maklumat diterima, polis berjaya mengesan dan menahan suspek. Pemeriksaan lanjut menemukan kesemua tandan sawit yang dilaporkan hilang di dalam kenderaan yang digunakan lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 18 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu
Next: 56 saman dikeluarkan, Op Penguatkuasaan Lalu Lintas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.