Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan atas kesalahan dadah
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan atas kesalahan dadah

Utusan Sarawak 7 hours ago
POSITIF DADAH… Dua lelaki tempatan ditangkap ditapak pembinaan kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.  

LAWAS: Sepasukan polis telah menjalankan serbuan serta pemeriksaan di tapak pembinaan salah satu projek bangunan di sini pada 4 Februari 2026.

Hasil serbuan tersebut, empat lelaki tempatan berusia 27 hingga 29 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan hari ini berkata pemeriksaan telah dijalankan ke atas tubuh badan, beg sandang, serta kawasan sekitar tempat kerja, namun tiada sebarang barang terlarang atau dadah ditemui.

POSITIF DADAH… Dua lagi lelaki tempatan ditangkap ditapak pembinaan kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.  

Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis AMP/METH.

Semakan kesalahan lampau mendapati seorang suspek mempunyai tiga kes, seorang lagi suspek memiliki dua kes dan dua orang lagi tidak ada kes lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Idris

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan atas kes curi besi tiang rumah
Next: Padah curi mesin pencuci tekanan, wanita dicekup polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.