Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi OUM
  • PENDIDIKAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi OUM

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bertempat di Kediaman Rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bertempat di Kediaman Rasmi, Kasuma Resort, di sini, pagi tadi.

Delegasi OUM diketuai oleh Presiden/Vice-Chancellor OUM, Prof Dato’ Dr Ahmad Izanee Awang dan Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan), Prof Emeritus Datuk Dr Md Tajuddin Md Ninggal.

Delegasi OUM turut disertai oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Madya Dr Hamidah Mat Dekan, Pengurus Kanan Perancangan Strategik Kumpulan, Marlina Mahadzir.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini institusi serta pelbagai inisiatif pendidikan tinggi yang diterajui oleh OUM, khususnya dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan di Sarawak.

TUN Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bertempat di Kediaman Rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Dalam sesi tersebut, pihak OUM turut mengemukakan cadangan pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan kaum wanita di negeri ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan terhadap peranan OUM sebagai platform pendidikan yang penting dan strategik, khususnya dalam menyediakan sistem pembelajaran yang fleksibel serta inklusif bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat merentasi semua lapisan masyarakat.

Tun Wan Junaidi turut menyatakan harapan agar kerjasama dan inisiatif yang dirangka oleh OUM akan terus menyumbang kepada kecemerlangan akademik, peningkatan kesejahteraan sosial serta pembangunan insan yang mampan, selari dengan aspirasi Sarawak dalam melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar disaran bina keyakinan dan ketahanan mental sejak di sekolah
Next: Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.