Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Michael Kong menunjukkan longkang yang ditumbuhi semak samun
  • TEMPATAN

Michael Kong menunjukkan longkang yang ditumbuhi semak samun

Utusan Sarawak 4 hours ago
MICHAEL Kong menunjukkan longkang yang ditumbuhi semak samun.

KUCHING: Sistem perparitan di sepanjang Jalan Stutong kini dipenuhi semak dan mendapan lumpur akibat aliran kelodak dari kawasan lebih tinggi di laluan yang sama, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan awam.

Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong, berkata mendapan lumpur serta pertumbuhan tumbuhan liar telah menghalang aliran air dengan lancar, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat di kawasan berkenaan.

“Kita telah menyaksikan beberapa kejadian kebelakangan ini apabila hujan berterusan menyebabkan longkang gagal menampung aliran air lalu melimpah ke atas jalan.

“Keadaan ini menyebabkan air bertakung di atas jalan dan mewujudkan situasi yang amat berbahaya kepada pengguna jalan raya, khususnya di laluan yang telah mencatat banyak kemalangan sebelum ini,” katanya.

Menurut Michael, keadaan tersebut tidak wajar dipandang ringan kerana sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Masalah ini sebenarnya boleh dielakkan melalui penyelenggaraan yang berkala dan tepat pada masanya. Namun begitu, orang awam telah berkali-kali mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa berkaitan, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil,” katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya segera mengambil tindakan tegas dengan membersihkan longkang serta menangani masalah mendapan lumpur secara menyeluruh bagi memastikan sistem perparitan dapat berfungsi dengan berkesan.

Katanya, penyelenggaraan secara pencegahan amat penting, lebih lebih lagi dalam keadaan cuaca yang semakin tidak menentu.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap saksikan projek naik taraf saliran RTP siap di Jalan Kuching Ranger Depot
Next: Raikan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.