Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem Punjabi tempatan, Dil Garden Garden Ho Gaya angkat kisah cinta keluarga dan warisan
  • HIBURAN

Filem Punjabi tempatan, Dil Garden Garden Ho Gaya angkat kisah cinta keluarga dan warisan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENAMPILAN sulung di layar perak menyaksikan Parveen Sidhu membawakan watak Gurleen dalam filem Dil Garden Garden Ho Gaya. Dil Garden Garden Ho Gaya, sebuah komedi romantik Punjabi tempatan yang berlatarkan Kuala Lumpur, akan disiarkan pada 11 Februari, menceritakan kisah cinta, ikatan keluarga dan tradisi budaya yang menyentuh hati dalam komuniti Punjabi. Menggabungkan humor, percintaan dan tradisi, filem berdurasi dua jam ini mencerminkan kehidupan seharian dalam komuniti Punjabi sambil meneroka tema universal yang biasa bagi kebanyakan golongan dewasa muda hari ini, mengimbangi jangkaan keluarga dengan kebahagiaan peribadi. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dil Garden Garden Ho Gaya, sebuah filem komedi romantik Punjabi tempatan yang berlatarbelakangkan Kuala Lumpur, akan ditayangkan pada 11 Februari, mengisahkan percintaan penuh emosi, ikatan kekeluargaan serta budaya dan tradisi masyarakat Punjabi.

Menggabungkan unsur humor, percintaan dan tradisi, filem selama dua jam itu memaparkan kehidupan harian masyarakat Punjabi dengan mengambil tema universal yang dekat dengan anak muda masa kini, iaitu antara mengimbangi harapan keluarga dengan kebahagiaan peribadi.

Membuat penampilan sulung di layar perak, Parveen Sidhu yang membawakan watak Gurleen berkata beliau dapat merasakan keserasian segera dengan skrip serta watak yang dilakonkannya.

“Ada kalanya kita boleh tahu. Waktu, cerita dan watak sangat bertepatan. Saya dapat merasakan perasaan itu hadir dengan sendiri,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keaslian menjadi keutamaan sepanjang penggambaran bagi memastikan tradisi Punjabi serta dinamik kekeluargaan dipaparkan secara realistik.

“Budaya kami sarat dengan kemesraan dan emosi. Daripada cara ahli keluarga berkomunikasi sehinggalah kepada amalan harian, semuanya dikekalkan dan penuh rasa hormat,” kata Parveen yang juga seorang doktor gigi, model iklan dan pengacara.

Parveen Sidhu

Filem ini mengenai kisah Rajdev, anak tunggal dalam keluarga Grewal yang kaya dan disegani, apabila ibu bapanya berusaha mencari calon isteri yang mereka anggap sempurna untuknya.

Setiap calon pasangan kelihatan ideal di atas kertas, cantik, berpegang pada tradisi dan direstui keluarga, namun Rajdev secara beransur-ansur menyedari bahawa perkahwinan bukan sekadar memilih mengikut kriteria. Sebaliknya, ia tentang hubungan yang tidak boleh dibuat-buat dan perlu memilih seseorang yang benar-benar dicintai.

Parveen menyifatkan proses penggambaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan tetapi mencabar, terutamanya semasa babak-babak yang menyentuh emosi.

“Setiap kali pengarah berkata action, rasanya seperti melangkah ke dunia lain. Babak-babak yang penuh emosi itu mendorong kreativiti saya dan menjadi yang paling diingati,” katanya.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon termasuk Kulbeer Singh, Kash Bhullar, S. Baldev Singh, Anita Dhillon, Sangeet Gill, Malkit Kaur, Daljit Singh Pannu, Prity Dhillon, Jasmine Kaur, Anmol Kaur, Navinder Kaur dan Anwaar Beg Moghal. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh S. Baldev Singh Uppal serta diterbitkan oleh Sri Saheb Production Sdn Bhd.

Filem ini akan disiarkan di saluran TV2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 9.00 malam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Chen Exo bakal tutup tirai konsert Arcadia di KL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.