Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Gempur JPJ Mukah: 142 kenderaan persendirian dan perdagangan telah diperiksa
  • Tengah
  • WILAYAH

Ops Gempur JPJ Mukah: 142 kenderaan persendirian dan perdagangan telah diperiksa

Utusan Sarawak 6 hours ago
DIPERIKSA…Sebanyak 142 kenderaan telah diperiksa dalam Ops Gempur JPJ Mukah. Foto Facebook JPJ Negeri Sarawak

MUKAH: Cukai jalan tamat tempoh, kegagalan menyelenggara kenderaan dengan baik, pengubahsuaian struktur dan peralatan kenderaan tanpa kelulusan, dikesan dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mukah semalam.

JPJ Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, sebanyak 142 buah kenderaan melibatkan kenderaan persendirian dan perdagangan telah diperiksa dalam operasi tersebut.

DIPERIKSA…Sebanyak 142 kenderaan telah diperiksa dalam Ops Gempur JPJ Mukah. Foto Facebook JPJ Negeri Sarawak

“Operasi tersebur dijalankan melalui aktiviti penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan bandar Mukah,” ujarnya.

Tegasnya, JPJ Mukah akan terus komited melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 108 projek pembangunan DUN Kabong direkodkan, RM204.4 juta peruntukan keseluruhan
Next: Tindakan segera atasi longkang tersumbat di Pusat Komersial Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.