Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sayap PBB tunjang kestabilan parti, perkukuh gerak kerja strategik 2026 di Kalaka
  • WILAYAH

Sayap PBB tunjang kestabilan parti, perkukuh gerak kerja strategik 2026 di Kalaka

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Cawangan PBB Kalaka, Mohamad Duri semasa menghadiri perjumpaan rasmi bersama Pergerakan Sayap Wanita PBB Cawangan Kalaka yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda, Belia 1828, serta Badan Induk dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan tunjang utama yang menggerakkan kestabilan dan kekuatan parti berkenaan sehingga kini.

​Ketua Cawangan PBB Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa setiap sayap mempunyai peranan kritikal dalam memastikan kelangsungan perjuangan parti dalam mendepani cabaran politik semasa yang semakin dinamik.

​Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan rasmi bersama Pergerakan Sayap Wanita PBB Cawangan Kalaka yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini.

​Menurut beliau, perjumpaan tersebut diadakan khusus bagi membincangkan perancangan strategik dan penyelarasan gerak kerja parti bagi sepanjang 2026 agar lebih tersusun dan berimpak tinggi.

​Beberapa program utama telah disusun atur untuk dilaksanakan di kawasan DUN Kalaka sepanjang tahun ini, merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, dan pembangunan ekonomi setempat.

​Mohamad Duri menjelaskan bahawa penglibatan aktif semua sayap adalah penting bagi memberi penerangan yang jelas mengenai inisiatif serta pencapaian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada masyarakat.

​”Kita mahu rakyat di peringkat akar umbi memahami dengan mendalam setiap usaha yang dibawa oleh kerajaan agar tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya.

KETUA Cawangan PBB Kalaka, Mohamad Duri semasa menghadiri perjumpaan rasmi bersama Pergerakan Sayap Wanita PBB Cawangan Kalaka yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini. Foto ADUN Kalaka

​Tambah beliau, gabungan pergerakan ini juga berfungsi sebagai platform utama bagi memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan membina jaringan kerjasama yang lebih luas antara ahli.

​Selain itu, semangat kebersamaan dalam kalangan ahli wanita amat dituntut bagi mendukung agenda pembangunan Sarawak yang inklusif, selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

​Program yang dirancang ini menperlihatkan komitmen berterusan Pergerakan Wanita PBB dalam memperkukuh gerak kerja parti serta memperkasa kepimpinan wanita di semua peringkat.

​Langkah ini juga bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat terus diperkasakan, sekali gus mengekalkan momentum kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan PBB dan GPS.

​Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Kalaka, Lela Ali, bersama barisan Ketua-Ketua Ranting Pergerakan Wanita PBB dari seluruh kawasan Kalaka.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 83 notis saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu IPD, JPJ Miri
Next: Dua projek perumahan bermasalah di Bintulu dalam fasa pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.