Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zon Utara B sasar pingat emas acara bola jaring SUKSAR IV 2026
  • SUKAN

Zon Utara B sasar pingat emas acara bola jaring SUKSAR IV 2026

Utusan Sarawak 17 hours ago
SKUAD Bola Jaring Zon Utara B yang dipimpin oleh Kumbong Ikau menyasarkan pingat emas dalam SUKSAR IV 2026 bermula esok. Foto: Adi Safarman

BETONG: Skuad bola jaring Zon Utara B meletakkan sasaran tinggi untuk menggondol pingat emas dalam acara bola jaring pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 yang akan membuka tirainya secara rasmi, pagi esok.

Pertandingan yang bakal berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan itu menyaksikan acara bola jaring diperkenalkan buat pertama kali sebagai sukan baharu dalam edisi kali ini.

Pengurus Pasukan Zon Utara B, Annur Shaima Azahar, menegaskan bahawa walaupun ini merupakan penyertaan sulung mereka, pasukan itu tekad untuk memberikan saingan sengit dan melangkah sejauh mungkin.

“Untuk edisi kali ini, ini merupakan penyertaan dan pertandingan pertama kami dalam SUKSAR. Kami akan cuba yang terbaik dan yakin mampu pergi jauh. Harapan kami adalah untuk membawa pulang pingat bagi Zon Utara,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih, Kumbong Ikau, memaklumkan seramai 12 atlet terbaik dari Limbang, Miri, dan Bintulu telah dipilih melalui sesi pemilihan pada 10 dan 11 Januari lalu.

Pasukan tersebut kemudiannya menjalani latihan pusat intensif di Bintulu bagi memantapkan keserasian, di samping mengasah teknik dan strategi permainan yang mantap.

Beliau menyuarakan keyakinan penuh terhadap kualiti pemain yang dipilih untuk menggalas cabaran zon berkenaan dan yakin mereka mampu memberikan persembahan terbaik.

Kumbong turut menekankan bahawa pemain perlu kekal fokus dan bersemangat tinggi dalam setiap perlawanan bagi menghadapi cabaran sengit daripada pasukan lain.

Latihan intensif yang dijalankan selama hampir sebulan diyakini bakal membuahkan hasil positif, sekaligus meningkatkan keyakinan pasukan untuk menepati sasaran mereka.

Zon Utara B dijadualkan bertemu Zon Barat pada 3.00 petang esok pada aksi pembukaan bola jaring, manakala beberapa perlawanan lain turut berlangsung sepanjang hari.

Sebanyak empat aksi dijadualkan esok dengan Zon Selatan A menentang Zon Utara A pada 9.00 pagi, Zon Selatan B menentang Zon Barat pada 10.00 pagi, Zon Utara A menentang Zon Tengah pada 2.00 petang, dan Zon Barat menentang Zon Utara B pada 3.00 petang.

Kehadiran bola jaring sebagai acara baharu dalam SUKSAR IV dijangka menambah kemeriahan temasya sukan dwi-tahunan negeri Sarawak ini, sekaligus menjadi medan mencungkil bakat-bakat muda untuk ke peringkat lebih tinggi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Muhammad Irfan pimpin ikrar SUKSAR IV 2026
Next: SUKSAR 2026: Zon Utara tekad ulang sejarah, sasar juara keseluruhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.