Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar di Kota Sentosa, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar di Kota Sentosa, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEBUAH kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Lorong 5, Jalan Stakan, Kota Sentosa terbakar awal pagi tadi. Kebakaran dianggarkan sekitar 30 peratus dan berjaya dikawal, dengan tiada mangsa dilaporkan. Foto JBPM.

KUCHING: Sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Lorong 5, Jalan Stakan, Kota Sentosa, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.25 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba tiba di lokasi pada 1.29 pagi dengan jarak sekitar empat kilometer dari balai. Kebakaran membabitkan sebuah kenderaan dengan anggaran kemusnahan sekitar 30 peratus.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah. Pasukan bomba kemudian menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 2.05 pagi dan tamat dua minit kemudian. Seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, PBK I Arbi Jamain. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum dinyatakan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas orang awam selamatkan Rumah Panjang Chabo dari kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.